Saturday, April 16, 2016

Keahlian USANA percuma, beli produk lebih murah - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum saya menulis lanjut di sini, ingin saya maklumkan bahawa saya tidak menyimpan stok di rumah. Maka, tiada servis COD akan dilakukan di dalam Putrajaya mahupun sekitarnya. Saya cuma ahli biasa USANA yang consume untuk kegunaan peribadi, bukan tujuan berniaga. Stok saya agak limited. Jika anda masih mahu membeli melalui saya, ia akan mengambil masa beberapa hari tertakluk kepada hari bekerja atau cuti, kecekapan pihak GDEX untuk melakukan pengeposan dan pelbagai faktor lain. Semua pembelian akan dilakukan secara online. Jika anda boleh pick-up sendiri dari HQ di Menara Axis Petaling Jaya, anda akan mendapat barang lebih cepat. Saya cuma akan key in sahaja pembelian anda ke dalam sistem untuk self collect. Mohon semua pihak faham dahulu perkara ini.

Sehingga hari ini, ramai yang menghubungi saya semenjak saya menulis di blog Urut Warisan Putrajaya berkenaan penawaran kepada sesiapa yang inginkan barangan daripada USANA dengan harga keahlian saya. Post tersebut sudah terlalu lama, iaitu pada 2013 lagi semasa saya mula berkecimpung dalam bidang urutan. Sekarang, post tersebut sudah tidak valid kerana telah banyak perubahan dilaksanakan pihak USANA di mana anda sendiri sebagai pembeli biasa juga dapat menikmati benefit pembelian lebih murah. Saya baru berkesempatan untuk mengemaskini blog dan saya telah remove entry tersebut dan si sini saya akan ceritakan berkenaan USANA.

Saya menjadi ahli USANA sejak 2012 dan banyak kebaikan yang saya perolehi apabila mengamalkan pelbagai produk keluaran mereka. Oleh kerana harga jualan pada masa tersebut agak tinggi dan berbeza daripada harga ahli, namun saya ingin berkongsi kelebihan produk kepada umum, maka saya menawarkan keahlian saya dengan sedikit komisen di bahagian saya sebagai token masa untuk memproses tempahan. Pada masa tersebut, Essentials sahaja berharga jualan RM238 manakala harga ahli ialah RM173.

Perubahan ekonomi sepanjang 2013 hingga 2016 juga merubah harga barangan. Jikalau dahulu, pengeposan juga ada diskaun sebanyak RM6, bermaksud hanya bayar RM4 untuk pengeposan bulanan. Sejak harga petrol tidak menentu, tiada diskaun pada caj pengeposan, maka perlu membayar RM10. Itu lebih baik daripada perlu bersesak jem untuk pergi ambil sendiri di HQ Menara Axis, faktor masa lagi, petrol lagi. Sejak ada GST pula, maka pengeposan juga dah jadi RM10.60. Mak aih, panjang pula cerita melencong. Belum sampai point lagi.

Saya nak bawa anda travel kepada sejarah USANA serba sedikit sebelum saya menceritakan bagaimana anda boleh menjadi ahli USANA secara percuma dan membeli barangan dengan penjimatan 10% - 20% daripada harga jualan. Jikalau dulu, kalau mahu masuk menjadi "Authorised Distributor", perlu mengambil pakej berharga ribuan ringgit bersama produk-produknya, manakala keahlian pula perlu dibayar tahunan sebanyak RM70+. Jika ingin menjadi "Preferred Customer",  bayaran keahlian adalah sebanyak RM90 setahun. Ada perbezaan benefit dari segi komisen dan harga jualan - jika tidak salah saya, iatiu Authorised Dealer ni lebih kepada untuk berniaga dan bina network, manakala preferred pula untuk kegunaan diri sendiri. Sebenarnya, saya cuma nak makan untuk diri sendiri je bila sign up jadi ahli sebab rasa Essentials tu banyak sangat kebaikan, dan harga jualan terlampau mahal, lebih baik saya jadi ahli. Namun saya diperkenalkan dengan pakej ribuan ringgit tu la, saya tak sempat nak kaji lanjut masa tu kerana agak sibuk dengan kerja seharian, Rupanya, ada je keahlian RM90 tu yang saya hanya tahu bila baca majalah bulanan yang sampai kat ofis. Masa tu agak bengang juga la sekejap sebab upline saya tak jelaskan semua plan, dia ceritakan plan paling mahal dulu. Ha ha.. terkona juga la saya tapi barang-barang saya dapat. Saya perkenalkan kepada keluarga. Namun sehingga sekarang ada lagi balance produk yang mula-mula saya masuk jadi ahli tu terutama skincare. Yang boleh makan, semua dah habis dalam masa beberapa bulan. Alhamdulillah, produk memang bagus. Cuma sedikit kesal sebab tak dijelaskan semua plan yang ada supaya saya boleh tahu lanjut dan ceritakan pada orang lain pula.

Since saya dah jadi Authorised Dealer masa tu, jadi ada la dia panggil satu program ni "Auto Ship", di mana setiap bulan akan ada pengeposan ke rumah. Kita set je kat online, bulan depan nak order apa. Kelebihannya, dapat harga ahli dan dapat lagi 10% less. So, sampai sekarang la memang setiap bulan saya rotate order barang. Mana yang dah nak habis tu, terus isi dalam sistem dan akan sampai bulan kemudiannya. Paling lambat kena set up ni sehari sebelum Auto Ship berlangsung. Sebab nanti, kalau sistem dah run, dia dah potong duit kita dalam bank. Esoknya dia akan terus pos. So, kena selalu alert, bilakan turn auto ship tu.

Auto Ship ni pun boleh dinikmati oleh Preferred Customer, bermaksud, kena sign up sebagai ahli. Kalau membeli sebagai pembeli biasa, tak ada benefit macam ni, terpaksa beli harga jualan yang standard.

Imej di bawah adalah harga produk USANA pada tahun 2012 - 2014 dan lihatlah perbezaan harga retail vs harga ahli, harga ketika pusingan Auto Ship dan lain-lain. Ketika ini, jika ingin berniaga produk USANA, memang mendapat keuntungan tinggi kerana margin juga tinggi. Namun, ketika ini saya cuma ingin berkongsi keahlian saya, bukan untuk berniaga.



Sejak 2014 atau 2015 (saya baru perasan pada 2015, tak pasti bila perubahan sistem berlaku kerana saya sedang menyambung pengajian di luar negara pada waktu tersebut), semua produk USANA dah dimurahkan harga jualan. Harga jualan hanya 10% sahaja penambahan dari harga ahli. Contohnya, jika sekarang ni harga ahli bagi Essentials adalah RM 184, harga jualan cuma tambah RM 18.40 sahaja, berjumlah RM202. Data ini adalah ketika saya menulis (17 April 2016), dan USANA ada memberi SMS beberapa hari lepas bahawa harga produk akan mengalami kenaikan dan saya belum menerima senarai harga terbaru lagi.

Imej di bawah ialah harga ketika saya menulis entry ini. Pada pendapat saya, harga yang lebih murah itulah harga Preferred Customer/ Authorised Distributor, manakala yang lebih sedikit itu ialah harga jualan pada bukan ahli. Sedikit kesilapan pada imej yang saya snap tersebut. Tapi, maksudnya sampai, insha Allah. Harga cuma berbeza 10% sahaja.





Jadi, memandangkan ramai telah mesej saya untuk membeli produk USANA, ada juga yang mesej beria-ia namun senyap terus sedangkan saya sudah menerangkan panjang lebar akan produk dan proses, saya sebenarnya terlalu sibuk mengurut dan berkejar masa untuk membalas mesej "consultation" percuma ni kerana sudah tiada benefit saya sebagai ahli, cuma dapat beli murah 10% sahaja. Bukan saya nak sombong, tapi, ada yang berterima kasih pun tidak. Ada yang minta diskaun lagi, walhal di pihak saya tiada sebarang untung berbanding masa panjang yang saya luangkan. Maka, ketika saya agak lapang ni (orang kansel urut last minute pada weekend Sabtu dan Ahad), ada lah sedikit masa untuk saya tulis entry ni supaya lepas ni saya boleh bagi link sahaja untuk baca dan faham sendiri sebab anda nakkan diskaun dan harga belian murah. Ada yang nak order dan listkan macam-macam barang, bila saya bagi gambar harga kat atas ni, terus diam tanpa sepatah kata. Ada yang berkali-kali mesej (orang yang sama) bagai beria-ia nak beli kemudian diam juga.

Jika anda mahukan consultation percuma, anda boleh hubungi pihak USANA terus sebagaimana maklumat di bawah:-

UHS Essential Health (Malaysia) Sdn. Bhd.
Units M.01 & M.02, Mezzanine Level, Menara Axis
No. 2, Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Telephone: 603-7953 8028
Facsimile: 603-7953 8100
Email: CustomerServiceMY@USANA.com

Mon to Fri - 10:30 a.m. to 8:30 p.m. (MYT)
Saturday - 10:30 a.m. to 1:30 p.m.
Sunday / Public Holidays - Closed

Anda boleh bertanyakan sebanyak mana soalan dari Customer Service mahupun berkenaan rangkaian produk yang sesuai dengan masalah anda. Mereka juga ada Nutritionist yang akan mencadangkan pemilihan terbaik kepada anda. Saya cuma akan berkongsi berdasarkan pengalaman saya sahaja yang amat terhad. Dan saya akan berikan pilihan untuk anda melalui bajet anda, namun jika menghubungi pihak HQ, jelaskan sebenarnya berapa bajet anda supaya mereka selaraskan pemilihan berdasarkan kemampuan anda. Untuk makluman anda, saya tidak dibayar oleh pihak USANA untuk menulis entry ini mahupun memberikan konsultasi bagi pihak anda. Apa yang saya lakukan adalah inisiatif sendiri di pihak saya untuk membantu anda.

Okay, belum sampai lagi isi yang saya nak sampaikan. Saya nak cerita, yang sekarang ni, anda dah tak perlu bayar lagi untuk yuran keahlian mahupun tahunan. Anda boleh sign up secara percuma dan beli barangan dengan lebih murah. Insha Allah sekejap lagi saya akan sambung berkenaan ini di post yang lain, sebab kat sini dah panjang bercerita. Tujuan saya menulis entry ni supaya saya tidak perlu lagi membazirkan masa saya mengulang-ulang cerita yang sama kepada pihak yang mesej saya selepas ini, saya cuma perlu copy link entry ini kepada mereka sahaja untuk dibaca dan dilaksanakan sendiri. Itulah sebuah harga bagi sesuatu yang diinginkan secara "murah", "diskaun", "percuma", hanya sedikit masa dan effort di pihak anda, dan saya di sini sudah melaksanakan effort di pihak saya demi kemahuan anda. Insha Allah, bersambung di SINI

No comments:

Post a Comment